Monday, February 6, 2017

Cerpen Wanita

Aku dah kahwin sekarang. Bini aku
memang baik sangat2. Tapi dia x seperti
yang aku expect masa kami belum
kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku
tengok dia memang seorang yang
pendiam. Jarang sangat dia bercakap
dengan lelaki. Member2 memang puji la
cara dia. So memang susah jugak aku
nak cuba tegur dia masa tu.. Segan
dowh!! Memang obvious lah kalau aku
tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so
xde la cemburu sangat sebab dia jarang
borak2 ngan lelaki..
Cantik? Memang la.. Kalu x, cornfirm
aku x sangkut punyer . Cantik pada
mata aku la. Member2 pun ade yang
cuba usha. Sori la dia nak layan.
Memang market habis dia ni. Last2, aku
yang dapat. Memang rasa bangga
sangat time tu..
Eh, duk ngumpat2 pasal dia, lupa lak
nak kasi tau nama. Nama panggilan dia
Ara. Nama betol terpaksa dirahsiakan.
Aku usha cara yang leklok la, pergi
jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb!
Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak
dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis
sound direct rupenyer. Pergh !! Memang
kena kutuk kaw2 la aku. Sebabnya, bila
dia tanya kenal x anak dia? Aku cakap
xkenal sangat. Bapak dia tanya lagi,
kenapa nak kahwin dengan anak dia?
Aku cakap sebab minat. Minat sebab
apa? Aku cakap x tau.. Habis kalu x
dapat anak dia? Aku cakap nak jugak!
Bapak dia sound la, “Kau ni, macamana
kau nak kahwin dengan orang yang kau
x kenal?’’ Aku jawab, ‘’ Lepas kahwin la
saya kenal dia pakcik..’’ Aku jawab
sambil tersengih2. Pastu bapak dia
diam.
Masa tu aku rasa down giler. Bapak dia
macam tolak mentah-mentah je proposal
aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta
aku?? Huhu.. Time tu aku dah terpikir
nak usha calon lain je. Aku memang ada
sorang lagi calon yang aku suka. Haa..
Yang ni aku memang kamceng giler.
Nama dia Ila. aku memang rasa serasi
sangat dengan minah ni. Tapi last2,
orang lain gak yang aku pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya
tiba. Keputusannya x seperti yang aku
jangka. Mati2 aku ingat kena reject, tapi
family dia terima. Warghh !! Happynya
rasa masa tu. Alhamdulillah. So,
memang sah la takda jodoh aku ngan
Ila. Time aku bagitau Ila aku nak kahwin,
dia accept je. Kejamnya aku. Dia kata
semoga aku bahagia.. Lepas tu kami
dah x jumpa.
Lepas akad nikah, confirmlah aku
sebagai suami Ara. Happynya aku Tuhan
je tau.. Kat rumah.. Dia macam biasa,
cool je.. Tapi cool semacam la pulak.
Sepatah aku tanya, setengah patah dia
jawab. Kalu aku x buka mulut, memang
x berbunyilah rumah kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia
bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis
suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis
yang boleh bawak borak sangat. Bila aku
cakap pasal something, dia macam
blur… Macam x supportive sangat. Last2
aku dah malas nak borak.. Oh
boringnya.. Yang dia tahu cuma tunjuk
baris gigi dia je.. Sengih. Macam apa
yang aku buat kat bapak dia dulu.
Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis
perokok sederhana tegar jugak la. Dan
bini aku ni pulak memang amat fobia
dengan asap rokok. Bau nafas aku yang
bersisa rokok pun, dia mesti batuk.. X
bau rokok pun dia dah selalu batuk.
Uhuk3 gitu.. Disebabkan aku amat
menyayanginya, makin lama makin
kurang aku merokok.. Kalau gian sangat
pun aku akan merokok time kat ofis je.
Bini aku pulak kerja kat hospital,
bahagian ubat-ubatan.. Aku ni pulak
jenis yang xleh bau ubat, mesti pening
kelapa.. Hari2 aku yang hantar dan
ambik dia di hospital. Time ambik dia
balik, memang hari2 lah baju dia bau
ubat dalam kete. So aku akan selalu
bukak tingkap, nyaman sikit..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh
bukak tingkap kete, aku dah memang
pening-pening lalat dah.. Bau ubat..
Dengan poor visibility lagi, kami
accident!! Langgar bontot kete orang
depan. Kat hospital, doktor kata bini aku
keguguran akibat kemalangan tu.
Hah??!!
Rupanya dia mengandung dua bulan..
Ara sendiri pun x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu, aku terus suruh Ara
berhenti kerja. Duduk rumah je.. Aku dah
korbankan rokok aku, so dia kena
korbankan kerja dia. Aku dah x tahan
bau ubat!! Aku sorang kerja dah cukup
untuk sara hidup kami.
Dekat setahun kami kahwin, Ila tiba2
datang. Dia kata, dia masih sayangkan
aku. Dia nak aku ambik dia jadi bini no.
2.. Dia sanggup..
Alamak !! Ni dah angau betul ni..
Padaha,l aku baru je kahwin. Mungkin Ila
yakin yang kami sangat serasi dan
saling memahami, so dia berani propose
kat aku. Then, aku terus terang je la. Aku
cakap kat dia,, Yes aku memang x
kamceng mana dengan bini aku
sekarang.. And banyak benda yang kami
xde persamaan. Ara memang x banyak
bercakap. Kalu aku cuba buat lawak, dia
macam x tangkap je. Sedih betul.. X
pandai nak borak. Kalu jumpa member2
aku lagi la dia sunyi sepi. Dah la hari-
hari dia suka masak benda yang sama..
Jarang la dapat makan benda yang lain
sikit. Kecuali makan luar. Itu pun dia
akan order benda yangsama je.. Hah..
Macam tu la bini aku.. Hmm..
Tapi kami masih cuba memahami hati
budi masing2.. Aku cuba biasakan diri
dengan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu,
cuba berhenti merokok waktu awal2
kahwin dulu.. Ara pulak dah xkerja, dah
cuba belajar masak benda2 lain (jarang
la menjadi).. Aku bagitau Ila, rumah
tangga kami bahagia. Aku xleh
menduakan dia.. Aku memang
sayangkan dia. Ila terpaksa terima
hakikat tu. Itu memang last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki seorang anak.
Dah besar. Umurnya dah dekat 4 tahun..
Tapi dah pandai mengaji sket2. Semua
berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama,
mengaji semua dia memang bagus.
Anak aku Hafiz, memang dia train elok2
mengaji al-Quran.. Alhamdulillah,
semoga esok2 dia jadi anak yang soleh.
Bagi aku, itulah investment yang
sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami
x seperti pasangan yang lain. Makin hari
aku makin bosan dengan rumah tangga
kami. Ara memang suka menyepi, jarang
borak panjang2. Aku pulak suka keluar
lepak dengan kawan2. Makin lama
makin jarang aku duduk rumah. Lewat
malam baru balik. Bini dah tido.
Esoknya, pagi2 aku dah kena pergi
kerja.. Dalam tempoh tu jugak, aku
sebenarnya asyik keluar dengan seorang
ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak
baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka
yang agak ada market ni, dia macam
sangkut pulak kat aku. So, dialah yang
selalu aku ajak keluar malam, teman aku
borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan
dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin
nak kahwin dengan dia, tapi aku takut
Ara kecik hati pulak.. Dengan Lisa la
tempat aku luahkan perasaan. Kadang2
gaduh, kadang dia tercarut2 bagai kat
aku. Pastu minta maaf. Dia kata
tersasul.. Tapi aku memang terhibur bila
bersama dengan Lisa. Bini aku kat
rumah, dengan anak aku jarang sangat
aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari
ke hari. Dia mula sedar aku ada
perempuan lain. Satu hari tu,dia
bagitahu aku, dia izinkan kalau aku nak
kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita
yang elok2, sebab dia tak mahu
pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa
kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok
ke? Pakaian hari2 kompem ketat. Make
up kat muka 2 inci macam xleh kena air,
x ambik air sembahyang ke? X
sembahyang ke? Ke cuti sepanjang
tahun?!
So aku postpone dulu hajat nak kahwin
dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh
nasihat kot sikit2, tapi time bercinta pun
asyik lawan apa aku cakap, boleh ke
nanti ?? So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara
mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga
kami ditimpa dugaan yang maha besar.
Ara mula jatuh sakit, batuk dia makin
teruk. Akhirnya dia dimasukkan ke
hospital. Dan saat itulah baru aku
diberitahu, Ara mengidap penyakit barah
tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama mengidap
barah tu. Penyakit yang akan buat dia
selalu batuk, dan etrpaksa menahan
sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena
tusuk dengan ribuan anak panah tajam
bila dengar benda tu!! Patut la Ara
jarang sangat bercakap. Kenapa dia x
bagitau aku??
Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin
lama makin teruk, dan bagi effect kat
jantung. Sebab pernafasan dia selalu
kurang dari sepatutnya. So jantung jadi
lemah.. So, itulah yang menyebabkan
Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang
makin rosak akibat barah tu.
Jadi macamana dia boleh ajar anak aku
mengaji? Doktor tu bagitau, memang
ada ubat untuk diminum sebagai pelincir
dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa
sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara
x boleh selalu minum sebab ubat tu
sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x
pernah bertikam lidah, x pernah gaduh..
Mungkin itu hikmah dia.. Tapi aku x
sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan
dia, bergembira dengan perempuan lain..
Dia pula sanggup tanggung derita setiap
kali perlu menjawab pertanyaan aku.
Dan x pernah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat. Doktor
kata mungkin Ara x dapat bertahan
lama.. Aku menangis depan doktor tu
puas2, walaupun doktor tu seorang
perempuan. Aku dh x kisah. Aku
menyesal dengan cara aku layan Ara
selama ni.
Dia dah bagi aku macam2. Jaga makan
minum, pakaian aku. Ajar anak kami
mengaji. Memang x pernah lawan apa
aku cakap, apa aku suruh..
Aku suruh dia berhenti kerja dulu, dia
ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca
buku pasal ubat-ubatan! Dia minat
sangat dengan kerja dia.. Maafkan
Abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku
sempat tengok balik kenangan2 kami..
Aku belek2 semuanya. Ketika itulah aku
terjumpa kotak hantaran masa kami
kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam
yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut
bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2
aku ingat tu kertas resit je, tapi rupanya
sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunyai,
Terima kasih kerana menawarkan
cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula
bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila Abang melamar
diri ini..
Buat suamiku yang baru kupunyai,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang
terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna yang
Abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita..
Buat suamiku yang baru kupunyai,
Andai Abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada
Abang,
Andai Abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu
Abang,
Kerana Ara tak mampu berbicara,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa..
Jika membaca surat ini akan meleburkan
cinta Abang,
Ara pasrah dan relakan Abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati
Abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang sentiasa menyanjungimu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam
Abang. Semoga Abang mudah terlihat
surat ini..
Tika itu juga, air mata jantan aku
berderai jatuh ke lantai. Kenapa aku x
terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa
aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu?
Kenapa baru sekarang? Kenapa ??!!
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri
aku segala2nya.. Dan paling penting dia
bagi aku seorang anak yang comel dan
bijak. Tapi apa yang pernah aku bagi kat
Ara?
Mulai saat itu, aku jaga Ara sepenuh
hati. Hari-hari memang kerja ulang alik
hospital. Masuk ofis pun kjap2. Anak
aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu
aku dah serabai giler. Sangat x terurus.
Baru aku sedar pentingnya Ara dalam
hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah,
aku minta kebenaran doktor untuk bawa
dia melancong. Aku nak temani dia
puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam
sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan
derita dia. Saat itu, dia menangis kat
bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya
berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2
tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kahwin dengan
aku. Dia tulis sangat bahagia hidup
dengan aku. Siap cuba lukis gambar
orang senyum.. Ya Allah !! Hari2 itu
kami sangat bahagia. Namun Ara dah
makin lemah. Aku dah x mampu tengok
dia derita. Setiap kali dia nak tarik
nafas, sangatlah azab pada aku
melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan
hayat isteriku, Kau berilah aku separuh
kesengsaraannya, biar kurang
kesengsaraannya Ya Allah.. Tapi jika
hanya kematian yang dapat mematikan
sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku
bacakan Yaasin di telinganya berulang-
ulang. Aku letak Hafiz di tepinya.. Dan
anak itu terus kepangkuan ibunya lalu
memeluk-meluk Ara.. Sedihnya aku
waktu itu..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali.
Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila
kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat
kuajarkan Syahadah.. dan dahinya
berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali
terakhir..
Kini, hampir 5 tahun perkahwinan kami,
tinggal aku dengan Hafiz, dengan
helaian2 tulisan terakhir Ara..
Mungkin la cerita ni panjang . klau mls bleh save dlue bila2 bce . inside this story , bnyk bnde yg kita ble. faham dan in shaa allah . . ohh . aku copy je cerita ne

credit : haura_rania

1 comments:

alicethomas said...

Thanks a lot for sharing and I have some special things for you. If you are in free time, cool math wheely 4 will be a perfect choice we recommend to you. With nice graphic style, high-quality interface and smooth animation, this game don’t let you be disappointed for sure.
Beside, you can try finding games, it is an addictive game which receives much love from players over the world. Now, you can completely play this addicting fun game on your mobile. Have fun!!!!