Saturday, February 23, 2013

Sajak Maharaja Cina Dinasti Ming Untuk Nabi Muhammad S.A.W

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=699962



Sajak Maharaja mengenai Baginda Nabi Muhammad Rasulullah. Hong-Wu (juga dikenali sebagai nama timangannya Zhū Yuánzhāng), adalah Maharaja China di antara tahun 1368 – 1398 CE. Beliau adalah Maharaja Pertama kepada Dinasti Ming, mengetuai batalion tentera yang meluaskan empayar untuk negaranya, dan berjaya menghalau puak utara dari Empayar Monggol (Dinasti Yuan).
sajak
Walaupun seorang yang non-Muslim,
Hong-Wu telah mengarahkan untuk membina beberapa MASJID BESAR di:
- negeri Nanjing,
- negeri Yunnan,
- negeri Guang Dong
- dan negeri Fujian.
Baginda membina semula Masjid Jinjue dalam negeri Nanjing,
dan sebahagian besar RUMPUN CINA bernama Hui (Cina Muslim)…
telah berpindah ke negeri ini ketika pemerintahan baginda.

TENTERA PADA ZAMAN BAGINDA:
Dalam pasukan tenteranya yang melebar…
baginda mempunyai 10 orang jeneral besar beragama Islam,
mereka yang dimaksudkan ialah termasuk:
- Jeneral Islam bernama Chang Yuchun
- Jeneral Islam bernama Lan Yu
- Jeneral Islam bernama Ding Dexing
- Jeneral Islam bernama Mu Ying
- Jeneral Islam bernama Feng Sheng
- Jeneral Islam bernama Hu Dahai.

Maklumat terahsia menunjukkan,
Isteri kepada Maharaja Hong-Wu iaitu Permaisuri Ma,
adalah keturunan keluarga Islam,
di mana dia sendiri berasal dari ahli kumpulan Muslim yang diketuai oleh Laksamana Guo Zhixin.

MEMUJI AGAMA ISLAM:
Maharaja Hong-Wu telah menulis kira-kira 100 huruf cina,
yang dipersembahkan untuk memuji Islam, memuji baginda Nabi Muhammad & Allah,
dan sajak cina ini telah diletakkan di sebuah Masjid yang pernah beliau arahkan untuk membinanya.
Susunan sajak ini sangatlah indah…
Setiap sajak mengandungi 4 huruf & 4 abjad…
di mana setiap 1 nya mempunyai makna sangat mendalam…
Sedikit terjemahan mudah untuk pemahaman pembaca.
 
SAJAK 100 PUJIAN (Terhadap Islam, Muhammad, Allah):
    – sejak terciptanya galaksi ini
    – tuhan telah mengangkat seseorang
    – satu manusia akhlak beriman
    – dari barat telah dilahirkan
    – baginda menerima wahyu agung
    – buku yang mengandungi 30
    – untuk membimbing semua makhluk
    – tuan kepada semua raja
    – pemimpin 1 yang tersuci
    – dengan bimbingan dari atas
    – untuk melindungi negaranya
    – bersama dengan solat 5 waktu
    – dalam diam mengaharap rahmat
    – hatinya lurus kerana Allah
    – mengangkat darjat si miskin
    – menyelamatkan mereka dari sengsara
    – melihat melalui warna kegelapan
    – melalui hadir jiwa & ruh
    – terasing dari salah & silap
    – rahmat kepada sekalian alam
    – menyelusuri rahsia yang silam
    – memadam segala kejahatan
    – agamanya bersih dan benar
    – Muhammad, yang dihormati lagi terhebat. 

Info Tambahan
Adakah??Maharaja Ming (Zhu Yuanzhang) dari keturunan Hui (Muslim)??


Susur Galur Islam Di China
 

   Namun begitu, menurut sumber rasmi mengenai bancian penduduk Islam di China  hanya mencatatkan 40 juta umat Islam sahaja. Jumlah itu jelas sekali menimbulkan keraguan kerana jika di lihat dari segi majoriti penduduk di sebahagian besar wilayah di China seperti Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan umat Islamlah majoriti penduduknya. Meskipun jumlah sebenar penduduk Islam di China cuba di `rahsia dan selitkan di bawah permaidani bilik bancian` namun `Allah itu Maha Mengetahui`.

   Di kupaskan pula mengenai suku etnik umat Islam di China ini, ia bukan sahaja hanya terbatas kepada suku etnik Hui, akan tetapi Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Baoan serta tidak terkecuali `bangsa Han` yakni Cina Tulen yang beragama Islam, bahkan tidak dapat dipisahkan mereka dari membakar `colok` untuk setanggi. Namun begitu, perbuatan sedemikian tidaklah di halang dalam Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah.

   Berbalik kepada suku etnik, tempat tinggal mereka adalah di kawasan barat laut China dan mempunyai hubungan serta pertalian darah dengan orang Arab, Turki, Afghanistan, Uzbeskistan, Tibet, Mongolia dan Indo Eropah. Wajah suku etnik Islam ini mempunyai perbezaan dengan wajah orang cina`. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan wajah mereka yang agak kemerahan di pipinya, dan mempunyai hidung yang mancung. Namun demikian, `kecinaan` mereka tetap terpancar berdasarkan matanya yang sepet.

   Sebahagian suku etnik ini mempunyai indentiti, budaya dan cara hidup mereka yang tersendiri. Bahkan terdapat beberapa tempat, yang berbahasa Arab dan menggunakannya sebagai bahasa pengantar. Tidak lupa juga suku etnik yang berbahasa Turki, malahan mereka juga menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar. Dengan bahasa yang digunakan itulah mereka berdakwah ke tempat ke suatu tempat dalam menyampaikan ajaran Islam dan dalam memastikan umat Islam dapat memahami dan menghayati intipati ajaran Islam yang sebenar.

   Walaupun tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, namun rekod Dinasti Tang (618M) telah membuktikan tentang adanya jalinan hubungan diplomatic di antara pemerintahan China dengan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin iaitu Saidina Uthman Bin Affan. Rekod itu juga menyebut mengenai di awal pemerintahan dinasti Tang, telah sampai ramai orang asing ke China di antaranya dari Madinah, Annam dan Kemboja. Terdapat tiga orang dari Madinah yang sampai di China dengan bersujud ke tanah tanpa sebarang berhala di hadapannya, mereka juga tidak memakan daging babi, tidak pula meminum arak dan tidak pula memakan daging yang tidak di sembelih oleh orang Islam. Mereka hidup dengan mengamalkan kebersihan diri, dan tempat tinggal.

   Selanjutnya, mereka telah menetap di Canton(Guangzhou) dengan mendirikan penempatan yang menarik dan bersih serta menjadikan ruang yang sedia ada itu sebagai medium perniagaan. Bahkan mereka itu juga begitu taat dan setia kepada ketua mereka.Berbalik kepada istilah `orang asing`, mereka yang dimaksudkan adalah pedagang Arab, yang juga menetap di Canton dan membentuk satu komuniti yang cukup penting.

   Pada zaman pemerintahan dinasti Tang, telah berlaku satu pemberontakan. Iaitu pemberontakan An Xi yang berlaku pada tahun 755 Masihi lalu menyebabkan negara China ketika itu menjadi kucar- kacir. Hasil daripada pemberontakan itu, An Xi telah berjaya menguasai beberapa kota besar dan wilayah sehinggakan memaksa Maharaja dinasti Tang ketika itu, yakni Tang Zuan Zong melarikan diri ke wilayah Sichuan. Selepas peristiwa itu, Tang Zuan Zong mulai sedar betapa pentingnya jalinan hubungan pemerintahannya dengan kerajaan Islam ketika itu. Oleh yang demikian, Tang Zuan Zong membuat keputusan untuk kembali ke Canton, untuk merampas semula kawasan pemerintahannya. Dengan mendapatkan bantuan ketenteraan dari kerajaan Abbasiyah. Sejurus itu, khalifah Abu Jaafar Abdullah Al-Mansur menghantar beberapa pasukan tentera berkudanya untuk merampas semula beberapa buah Bandar di kawasan pemerintahannya(dinasti Tang).

   Sebagai balasan, kerajaan dinasti Tang  telah membenarkan tentera-tentera Islam tinggal di kawasan pemerintahannya. Oleh itu, tentera Islam yang menetap di situ secara tidak langsung telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Maka lahirlah satu generasi baru Islam di China di mana keturunannya masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Di bawah pemerintahan dinasti Tang, Islam berkembang pesat di China. Malah pada ketika itu China berada dalam keadaan aman dan damai, sekali gus menyebabkan negara itu menjadi tumpuan pusat perdagangan dan kegiatan ekonomi. Kemasukan para pedagang Arab ke China menambahkan lagi jumlah umat Islam. Di samping berniaga, para pedagang Arab juga giat menyebarkan agama Islam dan mengIslamkan penduduk tempatan. Fenomena ini juga berterusan dengan rancak pada zaman pemerintahan dinasti Song yang menggantikan dinasti Tang sekitar tahun 960 Masihi. Bahkan semasa pemerintahan dinasti Song (960M), jumlah pedagang Arab dan Parsi di China ketika itu begitu banyak sekali, sehingga membolehkan para pedagang menggunakan ruang yang ada untuk mendirikan masjid di Guang Zhou, sebuah wilayah yang terletak di selatan China.

   Selain itu, terdapat satu masjid lagi yang tertua dan masih wujud di bandar Beijing iaitu  masjid Nujie. Masjid tersebut juga masih lagi digunakan oleh penduduk untuk beribadat dan majlis ilmu. Masjid ini dibina pada tahun 996 Masihi ketika di bawah pemerintahan dinasti Song. Masjid ini juga banyak memaparkan ciri-ciri budaya dan kesenian Cina. Cuma yang membezakannya dengan monumen Cina ialah nukilan kaligrafi dan tulisan Arab yang memenuhi seluruh ruang pintu, dinding dan tiang masjid ini. Di samping itu, masjid Nujie juga banyak menyimpan khazanah yang berkaitan dengan titik permulaan perkembangan Islam di China, bahkan naskhah tulisan tangan dan dua makam ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Kublai khan masih lagi wujud dan dijaga rapi sekali. Semasa orang Monggol memerintah negara China, kerajaannya dikenali sebagai dinasti Yuan yang wujud pada abad ke-13. Kerajaan itu telah mengamalkan dasar pemerintahan yang memihak kepada umat Islam.

   Selain diberikan kebebasan untuk berniaga dan berdagang, beberapa umat Islam juga dilantik untuk memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pada tahun 1244 M, Kublai Khan telah melantik Abdul Rahman sebagai ketua kewangan dinastinya.  Seterusnya, pada 1259 M Kublai Khan sekali lagi melantik dua orang umat Islam iaitu Syed Ajjal dan Umar Shamsuddin sebagai ketua kewangan dan Gabenor Yunnan bagi melancarkan proses pemerintahannya ketika itu. Syed Ajjal juga telah diberi gelaran sebagai `Sai Tien Che``. Perlantikan mereka juga membuktikan bahawa betapa tingginya sosio politk dan kedudukan umat Islam ketika zaman pemerintahan itu.

    Setelah berlalunya satu abad itu, umat Islam juga menjadi tonggak utama dalam penubuhan dinasti Ming pada tahun 1368 Masihi. Setelah berjaya menubuhkan dinasti Ming ini. Maharaja dinasti Ming dengan lantasnya menubuhkan beberapa buah masjid sebagai balasan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh umat Islam ketika itu. Di samping itu, pada zaman pemerintahan dinasti Ming ini, agama Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Malah,Maharaja Ming juga ada menulis satu watikah yang berisikan seribu satu pujian ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Tidak cukup dengan itu, dibina pula Masjid Huai sheng yang terletak di Guang Zhou, hanyalah semata-mata untuk mengingati Rasulullah s.a.w.
Di samping itu, dihantar pula beberapa utusan Islam ke negara-negara lain yang terletak di Asia Tenggara bagi melicinkan pentadbiran dan hubungan diplomatik di antara mereka. Salah seorang daripada utusan Islam yang dihantar oleh dinasti Ming ialah Laksamana Cheng Ho, beliau juga dikenali sebagai Zheng He dalam masyarakat cina, manakala nama Islam yang biasa digunakannya ialah Ma Sanbao atau Muhammad Ho. Walahualam
 


Ming membawa maksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'....so Dinasti Ming bermaksud dinasti yang gilang-gemilang....admin update sebab admin ada terbaca pertembungan tamadun cina dengan negara-negara Asia,admin terjumpa la tentang info ni
hehe...kalo salah tolong bagitau yea,nanti admin edit kesalahan tersebut...



sumber: Klik Sini

1 comments:

shat mashuri said...

bagus artikel nie.. tp pnjg sgt.. xpe.. bookmark blog nie.. :-)