Friday, September 14, 2012

Penyakit Takbur

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ni saya share tentang penyakit hati yang paling bahaya iaitu Takbur.Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk.Lebih bahaya jika dia mewakili jemaah kerana akan turut memburukkan nama jemaah yangg diwakilinya


Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia,iaitu sebagai panduan untuk kita bersama.Mati Baca dan renungkan sebaik-baiknya.

  1. Sewaktu kita berjumpa dengan kanak-kanak anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dengan dosa.
  2. Sewaktu kita berhadapan dengan orang tua pula,anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
  3. Sewaktu kita melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
  4. Apabila kita berjumpa orang jahat,jangan anggap kita mulia tetapi katakan,mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa akan datang sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
  5. Apabila bertemu orang kafir katakan,belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

0 comments: