Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ni aku nak share satu maklumat yang sebenarnya mengejutkan aku juga. Tentang penubuhan IFC(Inter Faith Commission)
Apa itu
IFC(Inter Faith Commission)
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya
Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang
mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth:
Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM
yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.
IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity,
Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan
Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21
Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat
Penubuhan IFC
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang
boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan
Islam.
Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1.
|
Seseorang
anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi
orang Islam.
|
|
|
2.
|
Orang-orang
bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk
kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
|
|
|
3.
|
Sebarang
kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya
dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
|
|
|
4.
|
Tidak
perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama
Islam
|
|
|
5.
|
Orang
bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin
dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada
Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh
dikenakan tindakan undang-undang.
|
|
|
6.
|
Seseorang
atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak
patut diberikan hak penjagaan anak.
|
|
|
7.
|
Orang-orang
yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang
memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas
kematiannya..
|
|
|
8.
|
Kerajaan
hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara
rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana
yang serupa untuk masjid.
|
|
|
9.
|
Orang-orang
bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada
menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
|
|
|
10.
|
Bibel
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk
diedarkan kepada umum secara terbuka.
|
|
|
11.
|
Pelajaran
agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
|
|
|
12.
|
Program-program
berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program
dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan
dalam bahasa ibunda masing-masing.
|
|
|
13.
|
Orang-orang
Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar
cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk
keperluan orang-orang bukan Islam.
|
|
|
14.
|
Sepatutnya
islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam
soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
|
|
|
Ancaman
Utama IFC terhadap Islam
1.
|
Membuka
ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama
Islam.
|
|
|
2.
|
Menjadikan
undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta
manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
|
|
|
3.
|
Orang-orang
Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
|
|
|
4.
|
Orang-orang
Islam bebas untuk murtad.
|
|
|
5.
|
IFC berhak
untuk menentukan status agama seseorang.
|
|
|
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC.
Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh
mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan
ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.
Sumber:Klik Sini
|
0 comments:
Post a Comment