If turtles could talk, we're pretty sure they'll thank you for this.

It’s sad how our future generation might never be able to see these creatures ever. Here’s what we can do to help them.

WANTED: 10 Samsung Note 3 owners who want to win RM10,000 of prizes.

"Design your future life" and win RM10,000. All the details on how you can win and get creative on your Samsung GALAXY Note 3 here.!!!.

3 shocking reasons why caring Malaysians should consider adopting an elephant

One simple step for you to save Malaysia's elephants before it’s too late

[GEMPAR] Semak kotak rokok anda sekarang. Adakah ianya jenama ini?

Mungkin ramai orang yang telah pun terpedaya dengan rokok tak sah ini yang mungkin lebih memudaratkan daripada rokok biasa.

The epic battle between Keanu Reeves and Rinko Kikuchi. Watch.

This Christmas, the legend of the 47 Ronin comes to life. Log in to KLIPS.my for a chance to win FREE 47 Ronin movie tickets.!.

Showing posts with label Other. Show all posts
Showing posts with label Other. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Sajak Maharaja Cina Dinasti Ming Untuk Nabi Muhammad S.A.W

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=699962



Sajak Maharaja mengenai Baginda Nabi Muhammad Rasulullah. Hong-Wu (juga dikenali sebagai nama timangannya Zhū Yuánzhāng), adalah Maharaja China di antara tahun 1368 – 1398 CE. Beliau adalah Maharaja Pertama kepada Dinasti Ming, mengetuai batalion tentera yang meluaskan empayar untuk negaranya, dan berjaya menghalau puak utara dari Empayar Monggol (Dinasti Yuan).
sajak
Walaupun seorang yang non-Muslim,
Hong-Wu telah mengarahkan untuk membina beberapa MASJID BESAR di:
- negeri Nanjing,
- negeri Yunnan,
- negeri Guang Dong
- dan negeri Fujian.
Baginda membina semula Masjid Jinjue dalam negeri Nanjing,
dan sebahagian besar RUMPUN CINA bernama Hui (Cina Muslim)…
telah berpindah ke negeri ini ketika pemerintahan baginda.

TENTERA PADA ZAMAN BAGINDA:
Dalam pasukan tenteranya yang melebar…
baginda mempunyai 10 orang jeneral besar beragama Islam,
mereka yang dimaksudkan ialah termasuk:
- Jeneral Islam bernama Chang Yuchun
- Jeneral Islam bernama Lan Yu
- Jeneral Islam bernama Ding Dexing
- Jeneral Islam bernama Mu Ying
- Jeneral Islam bernama Feng Sheng
- Jeneral Islam bernama Hu Dahai.

Maklumat terahsia menunjukkan,
Isteri kepada Maharaja Hong-Wu iaitu Permaisuri Ma,
adalah keturunan keluarga Islam,
di mana dia sendiri berasal dari ahli kumpulan Muslim yang diketuai oleh Laksamana Guo Zhixin.

MEMUJI AGAMA ISLAM:
Maharaja Hong-Wu telah menulis kira-kira 100 huruf cina,
yang dipersembahkan untuk memuji Islam, memuji baginda Nabi Muhammad & Allah,
dan sajak cina ini telah diletakkan di sebuah Masjid yang pernah beliau arahkan untuk membinanya.
Susunan sajak ini sangatlah indah…
Setiap sajak mengandungi 4 huruf & 4 abjad…
di mana setiap 1 nya mempunyai makna sangat mendalam…
Sedikit terjemahan mudah untuk pemahaman pembaca.
 
SAJAK 100 PUJIAN (Terhadap Islam, Muhammad, Allah):
    – sejak terciptanya galaksi ini
    – tuhan telah mengangkat seseorang
    – satu manusia akhlak beriman
    – dari barat telah dilahirkan
    – baginda menerima wahyu agung
    – buku yang mengandungi 30
    – untuk membimbing semua makhluk
    – tuan kepada semua raja
    – pemimpin 1 yang tersuci
    – dengan bimbingan dari atas
    – untuk melindungi negaranya
    – bersama dengan solat 5 waktu
    – dalam diam mengaharap rahmat
    – hatinya lurus kerana Allah
    – mengangkat darjat si miskin
    – menyelamatkan mereka dari sengsara
    – melihat melalui warna kegelapan
    – melalui hadir jiwa & ruh
    – terasing dari salah & silap
    – rahmat kepada sekalian alam
    – menyelusuri rahsia yang silam
    – memadam segala kejahatan
    – agamanya bersih dan benar
    – Muhammad, yang dihormati lagi terhebat. 

Info Tambahan
Adakah??Maharaja Ming (Zhu Yuanzhang) dari keturunan Hui (Muslim)??


Susur Galur Islam Di China
 

   Namun begitu, menurut sumber rasmi mengenai bancian penduduk Islam di China  hanya mencatatkan 40 juta umat Islam sahaja. Jumlah itu jelas sekali menimbulkan keraguan kerana jika di lihat dari segi majoriti penduduk di sebahagian besar wilayah di China seperti Xinjiang, Gansu, Hubel, Qinghai dan Yunnan umat Islamlah majoriti penduduknya. Meskipun jumlah sebenar penduduk Islam di China cuba di `rahsia dan selitkan di bawah permaidani bilik bancian` namun `Allah itu Maha Mengetahui`.

   Di kupaskan pula mengenai suku etnik umat Islam di China ini, ia bukan sahaja hanya terbatas kepada suku etnik Hui, akan tetapi Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Dongxiang, Tajik, Uzbek dan Baoan serta tidak terkecuali `bangsa Han` yakni Cina Tulen yang beragama Islam, bahkan tidak dapat dipisahkan mereka dari membakar `colok` untuk setanggi. Namun begitu, perbuatan sedemikian tidaklah di halang dalam Islam selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah.

   Berbalik kepada suku etnik, tempat tinggal mereka adalah di kawasan barat laut China dan mempunyai hubungan serta pertalian darah dengan orang Arab, Turki, Afghanistan, Uzbeskistan, Tibet, Mongolia dan Indo Eropah. Wajah suku etnik Islam ini mempunyai perbezaan dengan wajah orang cina`. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan wajah mereka yang agak kemerahan di pipinya, dan mempunyai hidung yang mancung. Namun demikian, `kecinaan` mereka tetap terpancar berdasarkan matanya yang sepet.

   Sebahagian suku etnik ini mempunyai indentiti, budaya dan cara hidup mereka yang tersendiri. Bahkan terdapat beberapa tempat, yang berbahasa Arab dan menggunakannya sebagai bahasa pengantar. Tidak lupa juga suku etnik yang berbahasa Turki, malahan mereka juga menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar. Dengan bahasa yang digunakan itulah mereka berdakwah ke tempat ke suatu tempat dalam menyampaikan ajaran Islam dan dalam memastikan umat Islam dapat memahami dan menghayati intipati ajaran Islam yang sebenar.

   Walaupun tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, namun rekod Dinasti Tang (618M) telah membuktikan tentang adanya jalinan hubungan diplomatic di antara pemerintahan China dengan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin iaitu Saidina Uthman Bin Affan. Rekod itu juga menyebut mengenai di awal pemerintahan dinasti Tang, telah sampai ramai orang asing ke China di antaranya dari Madinah, Annam dan Kemboja. Terdapat tiga orang dari Madinah yang sampai di China dengan bersujud ke tanah tanpa sebarang berhala di hadapannya, mereka juga tidak memakan daging babi, tidak pula meminum arak dan tidak pula memakan daging yang tidak di sembelih oleh orang Islam. Mereka hidup dengan mengamalkan kebersihan diri, dan tempat tinggal.

   Selanjutnya, mereka telah menetap di Canton(Guangzhou) dengan mendirikan penempatan yang menarik dan bersih serta menjadikan ruang yang sedia ada itu sebagai medium perniagaan. Bahkan mereka itu juga begitu taat dan setia kepada ketua mereka.Berbalik kepada istilah `orang asing`, mereka yang dimaksudkan adalah pedagang Arab, yang juga menetap di Canton dan membentuk satu komuniti yang cukup penting.

   Pada zaman pemerintahan dinasti Tang, telah berlaku satu pemberontakan. Iaitu pemberontakan An Xi yang berlaku pada tahun 755 Masihi lalu menyebabkan negara China ketika itu menjadi kucar- kacir. Hasil daripada pemberontakan itu, An Xi telah berjaya menguasai beberapa kota besar dan wilayah sehinggakan memaksa Maharaja dinasti Tang ketika itu, yakni Tang Zuan Zong melarikan diri ke wilayah Sichuan. Selepas peristiwa itu, Tang Zuan Zong mulai sedar betapa pentingnya jalinan hubungan pemerintahannya dengan kerajaan Islam ketika itu. Oleh yang demikian, Tang Zuan Zong membuat keputusan untuk kembali ke Canton, untuk merampas semula kawasan pemerintahannya. Dengan mendapatkan bantuan ketenteraan dari kerajaan Abbasiyah. Sejurus itu, khalifah Abu Jaafar Abdullah Al-Mansur menghantar beberapa pasukan tentera berkudanya untuk merampas semula beberapa buah Bandar di kawasan pemerintahannya(dinasti Tang).

   Sebagai balasan, kerajaan dinasti Tang  telah membenarkan tentera-tentera Islam tinggal di kawasan pemerintahannya. Oleh itu, tentera Islam yang menetap di situ secara tidak langsung telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Maka lahirlah satu generasi baru Islam di China di mana keturunannya masih lagi wujud sehingga ke hari ini. Di bawah pemerintahan dinasti Tang, Islam berkembang pesat di China. Malah pada ketika itu China berada dalam keadaan aman dan damai, sekali gus menyebabkan negara itu menjadi tumpuan pusat perdagangan dan kegiatan ekonomi. Kemasukan para pedagang Arab ke China menambahkan lagi jumlah umat Islam. Di samping berniaga, para pedagang Arab juga giat menyebarkan agama Islam dan mengIslamkan penduduk tempatan. Fenomena ini juga berterusan dengan rancak pada zaman pemerintahan dinasti Song yang menggantikan dinasti Tang sekitar tahun 960 Masihi. Bahkan semasa pemerintahan dinasti Song (960M), jumlah pedagang Arab dan Parsi di China ketika itu begitu banyak sekali, sehingga membolehkan para pedagang menggunakan ruang yang ada untuk mendirikan masjid di Guang Zhou, sebuah wilayah yang terletak di selatan China.

   Selain itu, terdapat satu masjid lagi yang tertua dan masih wujud di bandar Beijing iaitu  masjid Nujie. Masjid tersebut juga masih lagi digunakan oleh penduduk untuk beribadat dan majlis ilmu. Masjid ini dibina pada tahun 996 Masihi ketika di bawah pemerintahan dinasti Song. Masjid ini juga banyak memaparkan ciri-ciri budaya dan kesenian Cina. Cuma yang membezakannya dengan monumen Cina ialah nukilan kaligrafi dan tulisan Arab yang memenuhi seluruh ruang pintu, dinding dan tiang masjid ini. Di samping itu, masjid Nujie juga banyak menyimpan khazanah yang berkaitan dengan titik permulaan perkembangan Islam di China, bahkan naskhah tulisan tangan dan dua makam ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Kublai khan masih lagi wujud dan dijaga rapi sekali. Semasa orang Monggol memerintah negara China, kerajaannya dikenali sebagai dinasti Yuan yang wujud pada abad ke-13. Kerajaan itu telah mengamalkan dasar pemerintahan yang memihak kepada umat Islam.

   Selain diberikan kebebasan untuk berniaga dan berdagang, beberapa umat Islam juga dilantik untuk memegang jawatan yang penting di dalam kerajaan. Pada tahun 1244 M, Kublai Khan telah melantik Abdul Rahman sebagai ketua kewangan dinastinya.  Seterusnya, pada 1259 M Kublai Khan sekali lagi melantik dua orang umat Islam iaitu Syed Ajjal dan Umar Shamsuddin sebagai ketua kewangan dan Gabenor Yunnan bagi melancarkan proses pemerintahannya ketika itu. Syed Ajjal juga telah diberi gelaran sebagai `Sai Tien Che``. Perlantikan mereka juga membuktikan bahawa betapa tingginya sosio politk dan kedudukan umat Islam ketika zaman pemerintahan itu.

    Setelah berlalunya satu abad itu, umat Islam juga menjadi tonggak utama dalam penubuhan dinasti Ming pada tahun 1368 Masihi. Setelah berjaya menubuhkan dinasti Ming ini. Maharaja dinasti Ming dengan lantasnya menubuhkan beberapa buah masjid sebagai balasan bantuan dan sumbangan yang diberikan oleh umat Islam ketika itu. Di samping itu, pada zaman pemerintahan dinasti Ming ini, agama Islam telah berkembang dengan pesat sekali. Malah,Maharaja Ming juga ada menulis satu watikah yang berisikan seribu satu pujian ke atas Baginda Rasulullah s.a.w. Tidak cukup dengan itu, dibina pula Masjid Huai sheng yang terletak di Guang Zhou, hanyalah semata-mata untuk mengingati Rasulullah s.a.w.
Di samping itu, dihantar pula beberapa utusan Islam ke negara-negara lain yang terletak di Asia Tenggara bagi melicinkan pentadbiran dan hubungan diplomatik di antara mereka. Salah seorang daripada utusan Islam yang dihantar oleh dinasti Ming ialah Laksamana Cheng Ho, beliau juga dikenali sebagai Zheng He dalam masyarakat cina, manakala nama Islam yang biasa digunakannya ialah Ma Sanbao atau Muhammad Ho. Walahualam
 


Ming membawa maksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'....so Dinasti Ming bermaksud dinasti yang gilang-gemilang....admin update sebab admin ada terbaca pertembungan tamadun cina dengan negara-negara Asia,admin terjumpa la tentang info ni
hehe...kalo salah tolong bagitau yea,nanti admin edit kesalahan tersebut...



sumber: Klik Sini

Wednesday, October 10, 2012

Takaful(Insurans berkonsepkan Islam)




Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun  Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan

Dimensi:

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Perbezaan takaful & insurans konvensional

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba



Gharar


Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".

Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".

Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:-

  • Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
  • Tidak diketahui kadar bayarannya.
  • Tidak diketahui bila masanya.

Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli. Antara rukunnya ialah:

  1. Penjual dan Pembeli
  2. Aqad (Ijab dan Qabul)
  3. Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi. Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

  1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
  2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
  3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
  4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
  5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.

Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.

Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.

Maisir/Judi

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:
Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Riba

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Penyelesaian

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.

Kesimpulan:
Konsep Takaful sememangnya tidak merugikan kita semua kerana tiada unsur judi dan penindasan seperti yang terdapat dalam insurans konvensional. Selain itu unsur Gharar(iaitu unsur tidak pasti dimana wang insurans kita dilaburkan seperti kemungkinan wang kita di laburkan di tempat-tempat perjudinan atau ada unsur riba) tidak wujud sama sekali dalam konsep Takaful. Konsep Takaful mengikut hukum syarak dan wang kita dilaburkan pada syarikat-syarikat yang di kenalpasti tidak mengamalkan riba atau mempunya unsur perjudian. Jadi jelaslah kita sepatutnya menggunakan Takaful bagi menggantikan insurans konvensional yang tidak mengikut hukum syarak...Mahukah kita menanggung dosa jika kita terlibat dalam aktiviti riba,maisir(perjudian)sedang kita telah mengetahuinya?...Bersama-samalah kita bertukar kepada Takaful...

sumber:click here

Sunday, July 29, 2012

Malaysia Termasuk Antara Negara Paling Biadap Di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....hari ni saya nak share tentang sesuatu yang mengejutkan dan amat memalukan bagi kita rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tersenarai dalam tempat ke 34 dari 36 yang mempunyai perangai buruk di dunia melalui kajian oleh Reader Digest.Akan tetapi bukan semua rakyat yang bersikap seperti ini,cuma segelintir sahaja tetapi segelintir ini la yang menjadi tuba dalam kehidupan masyarakat Malaysia.



Antara sebab-sebabnya ialah :-


 1. Memandu secara merbahaya, membelok tanpa menukar signal, suka 'cucuk'(menghampiri kenderaan di depan dengan rapat), suka membunyikan hon sesuka hati

2. Tak patuh papan tanda arahan – makan dalam LRT, merokok di tempat larangan  merokok, buang sampah merata-tata dan parking di kawasan yang tidak dibenarkan(masih ada yang xphm bahasa)

3. Mengambil hak parking kereta walaupun tahu ada orang menunggu untuk memasuki parking tersebut

4. Tak beri tempat duduk kepada wanita mengandung dan orang tua(masih wujud walaupun bnyk iklan tentang ni)

5. Tak beri laluan kepada penumpang untuk turun dan terus naik (pengangkutan awam)

 6. Cakap telefon dengan bisingnya di kawasan awam terutamanya di panggung wayang.(selalu aku kena)

7.  Tak tolong buka pintu masuk atau pintu lif kepada orang di belakang.

 8. Tak cakap terima kasih selepas mendapat sesuatu manfaat(selalunya buat xreti jea)

9. Takde tanggungjawab – tinggalkan troli di kawasan letak kereta, tinggung atas tandas duduk dan mengotorkan tandas awam.

10.  Selalu lambat(selalu cakap 'On The Way')..

sebab-sebab ini bukan la untuk mengaibkan tapi untuk dijadikan pengajaran kepada mereka. Harap perkara seperti ini dapat diperbaiki dan tidak berulang semula..

Credit
Sumbersumber 2